Antara aktiviti kebudayaan |
Kenangan terpahat di hati.....
Homestay Kuala Pelandok terletak di Bahagian Kota Samarahan, Sarawak dan berhampiran juga dengan Laut China Selatan. Homestay kami mempunyai berbagai kemudahan dan tempat-tempat menarik bagi memberikan keselesaan serta kepuasan, kenangan kepada para pengunjung.
Antara kemudahan yang disediakan ialah Dewan Masyarakat, Padang Permainan Pelbagaiguna, Masjid, Klinik, Kafeteria, dan banyak lagi. Tempat-tempat menarik yang terdapat di homestay kami adalah seperti perkampungan orang Iban, Air Terjun Gunung Ngelik, Kuala Buaya, Gunung Ngelik, dan lain-lain lagi.
Pintu masuk ke kampung |
Setiap destinasi yang dikunjungi pasti
membawa dan memberi seribu kenangan
kepada para pengunjung. Dengan itu, segala
kenangan dapat diabadikan bersama
keluarga yang tercinta. Homestay kami
menyediakan pakej-pakej yang menarik serta
harganya yang berpatutan.
Untuk tempahan, sila hubungi
En. Pouzi di talian 082-123456.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan